Sunday, February 5, 2012

Peta Lokasi

some_text

Kelas Al-Quraan : Bagaimana Ia Bermula 1


Terima kasih di atas kesudian mengunjungi kami.

Berbalik kepada tajuk di atas, sebenarnya sudah lama hajat untuk membuka kelas kemahiran Al-Quraan ini, pada awal perkahwinan kami, saya dan isteri sudah mula membuat tinjauan kawasan yang sesuai bagi hal ini. Namun keadaan masih belum mengizinkan lagi.

Alhamdulilah baru sekarang kami berkesempatan untuk membuka kelas ini. Walaupun sebenarnya hasrat sebenar kami adalah hanya untuk mencari rumah sewa sahaja, namun memandangkan lokasi yang strategik (Pekan Wakaf Bharu - Berhadapan Wisma MDT 1) lalu kami bersepakat untuk sama-sama membangunkan kelas pengajian ini.


Insyallah kelas akan mula beroperasi pada minggu hadapan 11 Februari 2012. Setakat ini, angka tidak rasmi ada 8 orang yang sudi belajar di sini. Buat permulaan kami akan menghadkan pelajar kepada 20 orang sahaja. Kelas akan bermula dari jam 7.00 mlm hingga 9.10 mlm dari hari Sabtu malam Ahad hingga Rabu malam Khamis.

sekian,

bersambung...

Saturday, February 4, 2012

Halatuju Blog

Assalamualaikum w.b.t.

Blog ini insyallah akan menjadi platform untuk kami berkongsi dengan penjenguk blog ini tentang suasana dan sesi pengajaran kami di sini. Insyallah.


Wakaf Bharu, Kelantan.

Friday, February 3, 2012

Hubungi

(Berhadapan Wisma MDT 1)
Tingkat 2, Lot 249,
JALAN PUTERI SAADONG,
16250 WAKAF BHARU,
KELANTAN DARUL NAIM

sa_zam@ymail.com
Ustazah Sakiah : 017 938 5210